SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN KURSUS SECARA SAMBILAN (KSS)
Calon-calon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
-
Warganegara Malaysia
-
Syarat mengikut bidang :
Bidang Kejuruteraan
ATAU
-
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf, dengan sekurang-kurangnya kredit dalam TIGA (3) mata pelajaran, termasuk Matematik/Matematik Tambahan dan SATU (1) mata pelajaran lain berkaitan sains / teknikal / vokasional DAN SATU (1) mata pelajaran lain DAN lulus Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu;
ATAU
Bidang Teknologi Maklumat dan Bidang Perdagangan
ATAU
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf, dengan sekurang-kurangnya kredit dalam TIGA (3) mata pelajaran, termasuk Matematik/Matematik Tambahan dan DUA (2) mata pelajaran lain, DAN lulus Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu;
ATAU
Tempoh Dan Yuran Pengajian
Tempoh Pengajian: 4 semester ( 2 tahun ) bagi lulusan Sijil Politeknik / Kolej Komuniti selepas Disember 2011.
6 semester ( 3 tahun ) bagi lulusan Sijil Politeknik / Kolej Komuniti sebelum Disember 2011.
10 semester ( 4 tahun ) bagi lepasan SPM/SPMV.
Yuran Pengajian Keseluruhan : RM10,000 - RM14,500
Yuran Pengajian : Mengikut kursus yang ditawarkan pada sesi tersebut.
Per Semester (yuran pengajian tambahan dikenakan jika mengulang kursus)
Cara memohon
Iklan akan dikeluarkan dalam suratkhabar utama dan pemohon dikehendaki melayari laman web Politeknik Ungku Omar www.puo.edu.my dan mengisi borang permohonan secara “online”.
Maklumat Tambahan:
Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Unit Latihan Khas
Politeknik Ungku Omar,
Jalan Raja Musa Mahadi,
31400 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
Telefon: 05-5457622 ( ext 2241 ; 1160 )
Fax: 05-5471162 |